Saturday, October 27, 2012

Lelaki Idaman Wanita

Secara kasarnya lelaki kacak sering kali dikaitkan dengan rupa yang tampan dan menarik. Malah tubuh yang segak dan sasa boleh meningkatkan lagi markah seseorang lelaki itu untuk jatuh kepada kategori lelaki kacak.


Tetapi bagi MC, adalah tidak adil jika kita mementingkan faktor luaran sahaja jika mahu memasukkan seseorang lelaki itu ke dalam kategori lelaki kacak kerana biasanya dan memang selalunya, faktor fizikal seperti rupa terutamanya adalah sesuatu yang memang dikurniakan oleh Ilahi sejak kita lahir lagi tak kira samaada lelaki atau perempuan. Dan mengubah ciptaan Ilahi itu tanpa sebab yang munasabah seperti membuat pembedahan plastik adalah haram disisi agama.

Walaubagaimanapun, para lelaki diluar sana tidak perlu terlalu bimbang kerana wanita zaman sekarang ini saya nampak sudah lebih berfikiran terbuka dan cerdik dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Mereka tahu yang lelaki kacak pada rupa tidak akan kemana jika aspek-aspek diri yang lain tidak seindah rupa yang dikurniakan. Aspek-aspek lain pada lelaki yang menjadi idaman wanita-wanita ini antaranya ialah seperti dibawah.

Lelaki Yang Kacak Agamanya

Kesedaran terhadap gaya hidup Islam di negara kita, Malaysia ini saya lihat sudah semakin ketara. Banyak ceramah-ceramah dianjurkan dan ramai ustaz-ustaz kini sudah menjangkau taraf selebriti tidak kira samaada ustaz-ustaz ini kacak atau tidak. 

Ini bagi MC merupakan satu perkembangan positif kerana dari mereka menjadikan golongan selebriti bermasalah sebagai idola, lebih baik mereka jadikan golongan-golongan cerdik pandai agama ini sebagai ikutan. Dan seperti yang kita tahu, lelaki-lelaki yang kuat agamanya ini sudah semakin pupus ditelan dek zaman informasi dan teknologi nano.

Lelaki Kacak Idaman

Jadi jika seseorang lelaki itu tidak kacak rupa, dia boleh menjadi kacak agama. MC yakin akan ada ramai perempuan yang akan bergosip tentang anda di kala waktu makan tengahari di tempat kerja atau pun di sekolah kerana sememangnya permintaan pasaran jodoh terhadap lelaki kacak agama ini memang sangat tinggi dan bekalan yang ada di pasaran sekarang adalah amat nazak. 

Jika tidak percaya, anda boleh bukak majalah URTV ataupun Mangga dan lihat segmen wawancara selebriti wanita. Biasanya adalah satu kemestian untuk wartawan yang suka jaga tepi kain orang untuk bertanya apakah ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman kalbu mereka. Anda akan sedar, hatta selebriti wanita seksi yang pakai baju tak cukup kain pun akan menjawab "Saya mahu seorang lelaki yang beriman yang boleh membimbing saya di dunia dan akhirat kelak" sebagai jawapan pertama untuk soalan tersebut.

Lelaki Yang Prihatin dan Mengambil Berat


MC yakin, mesti anda berasa pelik dan aneh mengapa ramai gadis-gadis di Malaysia ini suka bercinta dengan suami orang. MC sendiri pun berasa aneh tentang mengapa anda berasa aneh dengan perkara yang tidak lah berapa aneh ini. Betul, memang kelihatan aneh pada mata kasar kerana golongan lelaki yang jatuh didalam kategori suami orang biasanya berperut boroi, suka bercakap kuat dan tidaklah termasuk dari golongan lelaki kacak rupa pun. Malah siap sudah beranak-pinak dah pun. 

Tetapi, kekuatan utama yang dapat MC lihat dan dapat MC dengar dari rakan-rakan wanita MC sendiri adalah golongan suami orang ini, walaupun bukanlah lelaki kacak, tetapi mereka ini suka mengambil berat perihal gadis-gadis disekeliling mereka. Mereka juga prihatin dan sudi menawarkan pertolongan jika gadis-gadis comel molek kita mengalami masalah.

Lelaki Kacak

Jadi MC membuat kesimpulan yang wanita sebenarnya lebih memerlukan seorang lelaki yang boleh menjaga mereka. Jika anda seorang lelaki yang masih tidak berpunya, belajarlah cara untuk menjadi prihatin terhadap orang disekeliling anda terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Secara tidak langsung akan melatih diri untuk menjadi seorang bakal suami yang prihatin terhadap keluarga sendiri kelak.

Lelaki Yang Menjaga Ketrampilan Diri

MC teringat satu kata hikmah yang berbunyi "Kecantikan seseorang perempuan itu dilihat dari paras rupanya, dan kekacakan seseorang lelaki itu dilihat dari baju yang dipakainya", yang MC sudah tak ingat dari siapa atau dimana saya mendengarnya. Dan MC amat bersetuju tentang perkara ini. 

Anda tidak perlu berpakaian seperti artis-artis lelaki Korea sana untuk menjadi lelaki kacak. Kerana jika anda berpakaian seperti mereka, MC yakin anda akan menjadi bahan kutukan rakan-rakan taulan dan akan ada ketawa kecil mengiringi ketika anda berjalan di khalayak ramai.
Lelaki Kacak Agama
MC tidak kata berpakaian ala-ala korea adalah salah. Cuma jika hendak berbuat sesuatu, kita perlulah mengambil kira adat, budaya dan cara pemikiran di daerah yang kita diami. Cukuplah sekadar memakai pakaian simple, kemas dan bersih dari kotoran-kotoran degil. Pakaian yang dipakai pun perlulah sepadan dengan bentuk badan anda yakni tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. 

Lelaki yang Menjaga Kesihatan

Terus terang semua wanita suka lelaki yang menjaga kesihatan ! Jadi anda lelaki jangan rasa menjaga kesihatan itu tidak penting. Ramai lelaki sekarang memendam masalah, ego dan tidak tahu ke mana harus mengadu bila mengalami masalah kesihatan. Sang isteri sentiasa tertekan kerana nafkah yang satu itu tidak dapat diisi oleh suami tersayang dengan sepenuhnya.

Masalah ini jika tidak diatasi akan menjadi makin parah di mana si isteri memberontak, hilang rasa hormat kepada suami, mudah rasa marah.

Jadi MC menyarankan anda mencuba  Aduka iaitu Minuman berfungsi mewah untuk lelaki dirumus khas dari ekstrak herba-herba mewah seperti tongkat ali, akar ginseng, ubi jaga, sireh, ekstrak kurma dan lain-lain. Membantu mengekalkan stamina dan tenaga sepanjang hari. 

RUMUSAN KHAS INI BERTUJUAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENJADI " Lelaki Sejati "

Aduka 375 ml  RM 79.00 

Masih banyak lagi cara untuk menjadi lelaki kacak sebenarnya. Di atas MC sudah menghurai ciri-ciri utama untuk menjadi lelaki idaman Malaya. So Boleh Pilih ya !! Tapi kalau dapat keempat-empat lagi baik. Kalau tidak salah satu pun dah memadai kan..Bukan untuk siapa untuk Isteri Jugak. 
Credit to Kak June Cantek..