Lelaki Idaman Wanita
Tetapi
bagi MC, adalah tidak adil jika kita mementingkan faktor luaran sahaja
jika mahu memasukkan seseorang lelaki itu ke dalam kategori lelaki
kacak kerana biasanya dan memang selalunya, faktor fizikal seperti rupa
terutamanya adalah sesuatu yang memang dikurniakan oleh Ilahi sejak kita
lahir lagi tak kira samaada lelaki atau perempuan. Dan mengubah ciptaan
Ilahi itu tanpa sebab yang munasabah seperti membuat pembedahan plastik
adalah haram disisi agama.
Walaubagaimanapun,
para lelaki diluar sana tidak perlu terlalu bimbang kerana wanita zaman
sekarang ini saya nampak sudah lebih berfikiran terbuka dan cerdik
dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Mereka tahu yang lelaki
kacak pada rupa tidak akan kemana jika aspek-aspek diri yang lain tidak
seindah rupa yang dikurniakan. Aspek-aspek lain pada lelaki yang menjadi
idaman wanita-wanita ini antaranya ialah seperti dibawah.
Lelaki Yang Kacak Agamanya
Kesedaran
terhadap gaya hidup Islam di negara kita, Malaysia ini saya lihat sudah
semakin ketara. Banyak ceramah-ceramah dianjurkan dan ramai ustaz-ustaz
kini sudah menjangkau taraf selebriti tidak kira samaada ustaz-ustaz
ini kacak atau tidak.
Ini bagi MC merupakan satu perkembangan positif kerana dari mereka menjadikan golongan selebriti bermasalah sebagai idola, lebih baik mereka jadikan golongan-golongan cerdik pandai agama ini sebagai ikutan. Dan seperti yang kita tahu, lelaki-lelaki yang kuat agamanya ini sudah semakin pupus ditelan dek zaman informasi dan teknologi nano.
Ini bagi MC merupakan satu perkembangan positif kerana dari mereka menjadikan golongan selebriti bermasalah sebagai idola, lebih baik mereka jadikan golongan-golongan cerdik pandai agama ini sebagai ikutan. Dan seperti yang kita tahu, lelaki-lelaki yang kuat agamanya ini sudah semakin pupus ditelan dek zaman informasi dan teknologi nano.

Jadi
jika seseorang lelaki itu tidak kacak rupa, dia boleh menjadi kacak
agama. MC yakin akan ada ramai perempuan yang akan bergosip tentang
anda di kala waktu makan tengahari di tempat kerja atau pun di sekolah
kerana sememangnya permintaan pasaran jodoh terhadap lelaki kacak agama ini memang sangat tinggi dan bekalan yang ada di pasaran sekarang adalah amat nazak.
Jika
tidak percaya, anda boleh bukak majalah URTV ataupun Mangga dan lihat
segmen wawancara selebriti wanita. Biasanya adalah satu kemestian untuk
wartawan yang suka jaga tepi kain orang untuk bertanya apakah ciri-ciri
lelaki yang menjadi idaman kalbu mereka. Anda akan sedar, hatta
selebriti wanita seksi yang pakai baju tak cukup kain pun akan menjawab
"Saya mahu seorang lelaki yang beriman yang boleh membimbing saya di
dunia dan akhirat kelak" sebagai jawapan pertama untuk soalan tersebut.
Lelaki Yang Prihatin dan Mengambil Berat
MC
yakin, mesti anda berasa pelik dan aneh mengapa ramai gadis-gadis di
Malaysia ini suka bercinta dengan suami orang. MC sendiri pun berasa
aneh tentang mengapa anda berasa aneh dengan perkara yang tidak lah
berapa aneh ini. Betul, memang kelihatan aneh pada mata kasar kerana
golongan lelaki yang jatuh didalam kategori suami orang biasanya
berperut boroi, suka bercakap kuat dan tidaklah termasuk dari golongan
lelaki kacak rupa pun. Malah siap sudah beranak-pinak dah pun.
Tetapi,
kekuatan utama yang dapat MC lihat dan dapat MC dengar dari
rakan-rakan wanita MC sendiri adalah golongan suami orang ini, walaupun
bukanlah lelaki kacak, tetapi mereka ini suka mengambil berat perihal
gadis-gadis disekeliling mereka. Mereka juga prihatin dan sudi
menawarkan pertolongan jika gadis-gadis comel molek kita mengalami
masalah.

Jadi MC membuat kesimpulan yang wanita sebenarnya lebih memerlukan seorang
lelaki yang boleh menjaga mereka. Jika anda seorang lelaki yang masih
tidak berpunya, belajarlah cara untuk menjadi prihatin terhadap orang
disekeliling anda terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Secara tidak
langsung akan melatih diri untuk menjadi seorang bakal suami yang
prihatin terhadap keluarga sendiri kelak.
Lelaki Yang Menjaga Ketrampilan Diri
MC
teringat satu kata hikmah yang berbunyi "Kecantikan seseorang perempuan
itu dilihat dari paras rupanya, dan kekacakan seseorang lelaki itu
dilihat dari baju yang dipakainya", yang MC sudah tak ingat dari siapa
atau dimana saya mendengarnya. Dan MC amat bersetuju tentang perkara
ini.
Anda tidak perlu berpakaian seperti artis-artis lelaki Korea sana untuk menjadi lelaki kacak. Kerana jika anda berpakaian seperti mereka, MC yakin anda akan menjadi bahan kutukan rakan-rakan taulan dan akan ada ketawa kecil mengiringi ketika anda berjalan di khalayak ramai.

MC
tidak kata berpakaian ala-ala korea adalah salah. Cuma jika hendak
berbuat sesuatu, kita perlulah mengambil kira adat, budaya dan cara
pemikiran di daerah yang kita diami. Cukuplah sekadar memakai pakaian
simple, kemas dan bersih dari kotoran-kotoran degil. Pakaian yang
dipakai pun perlulah sepadan dengan bentuk badan anda yakni tidak
terlalu besar dan tidak terlalu ketat.
Lelaki yang Menjaga Kesihatan
Terus
terang semua wanita suka lelaki yang menjaga kesihatan ! Jadi anda
lelaki jangan rasa menjaga kesihatan itu tidak penting. Ramai lelaki sekarang memendam masalah, ego dan tidak tahu ke mana harus mengadu bila mengalami masalah kesihatan. Sang isteri sentiasa tertekan kerana nafkah yang satu itu tidak dapat diisi oleh suami tersayang dengan sepenuhnya.
Masalah
ini jika tidak diatasi akan menjadi makin parah di mana si isteri
memberontak, hilang rasa hormat kepada suami, mudah rasa marah.
Jadi MC menyarankan anda mencuba Aduka iaitu Minuman berfungsi mewah untuk lelaki dirumus khas dari ekstrak herba-herba mewah seperti tongkat ali, akar ginseng, ubi jaga, sireh, ekstrak kurma dan lain-lain. Membantu mengekalkan stamina dan tenaga sepanjang hari.
Jadi MC menyarankan anda mencuba Aduka iaitu Minuman berfungsi mewah untuk lelaki dirumus khas dari ekstrak herba-herba mewah seperti tongkat ali, akar ginseng, ubi jaga, sireh, ekstrak kurma dan lain-lain. Membantu mengekalkan stamina dan tenaga sepanjang hari.
RUMUSAN KHAS INI BERTUJUAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENJADI " Lelaki Sejati "
![]() |
Aduka 375 ml RM 79.00 |
Masih banyak lagi cara untuk menjadi lelaki kacak sebenarnya. Di atas MC sudah menghurai ciri-ciri utama untuk menjadi lelaki idaman Malaya. So
Boleh Pilih ya !! Tapi kalau dapat keempat-empat lagi baik. Kalau tidak
salah satu pun dah memadai kan..Bukan untuk siapa untuk Isteri Jugak.
Credit to Kak June Cantek..