Seks Selepas Bersalin
Berdasarkan
kajian Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), salah satu punca utama
penceraian berlaku adalah hubungan seksual yang hambar di antara suami
isteri. Oleh itu, hubungan seks cukup penting bagi mengukuhkan rumah
tangga. Namun, timbul pula persoalan bagaimana kelangsungan seks
dikekalkan selepas si isteri melahirkan zuriat?
Kehadiran cahaya
mata tidak bermakna anda terpaksa mengabaikan hubungan seksual bersama
pasangan. Mungkin ini dianggap satu cabaran bagi suami untuk menahan
keinginan atau risaukan kehangatan hubungan seks tidak lagi seperti
dahulu. Jadi, adalah penting untuk suami peka dengan keadaan dan cuba
untuk memahami situasi ini dengan lebih baik.
Bila Anda Boleh Lakukan Seks Bersama Si Dia ?
Secara amnya,
masa yang sesuai bagi seseorang wanita selepas bersalin untuk melakukan
hubungan seks ialah 6 bulan selepas melahirkan (Tanya doktor untuk
kepastian). Kesabaran dan sokongan dari pihak suami cukup penting kerana
bukan mudah untuk melahirkan anak. Oleh itu, anda sebagai lelaki harus
menanamkan sifat sabar dan jangan memaksa isteri anda.
Kebiasaanya,
badan dan tenaga isteri anda memerlukan masa yang cukup lama untuk
kembali pulih. Oleh itu, anda sebagai suami disarankan untuk memahami
keadaan. Pada masa yang sama tunjukkan sokongan dan rasa sayang kepada
pasangan seolah-olah ketika waktu bercinta dahulu.
‘Si Dia Nak Ke Lakukan Seks Dengan Aku?’
Anda mungkin akan
mendapati bahawa pasangan anda seolah-olah kurang berminat untuk
melakukan hubungan seks. Tuntutan sebagai seorang ibu cukup untuk
meninggalkan kesan yang mendalam di samping keletihan dan kesakitan.
Anda sebagai suami mungkin merasakan agak tersisih. Ini adalah perkara
biasa. Anda berdua perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan
‘tanggungjawab baru’. Oleh itu, anda harus yakin bahawa nafsu pasangan
pasti akan kembali. Rangsang si dia semula dengan keprihatinan, kasih
sayang dan sokongan.
Adakah Seks Akan Menyakitkan Si Dia?
Ini juga
persoalan penting yang kerap kali lelaki gusarkan. Sakit atau tidak, ini
bergantung pada keadaan isteri anda. Kebiasaan, masalah kesakitan pada
luka mahupun jahitan ketika bersalin. Adakalanya akan membuatkan
pasangan berasa takut sakit dan takut jahitan terbuka kembali. Termasuk
juga isu berkaitan ‘alat sulitnya’ yang masih belum bersedia. Ini adalah
normal. Oleh itu, anda disaran agar berjumpa semula doktor selepas 6
minggu isteri bersalin dan berbincang perkara ini.
Lelaki Pun Trauma
Ini juga terjadi
bukan sahaja kepada isteri. Terdapat sesetengah lelaki yang berasa
tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat
bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan
nuntuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan
pemikiran ini bertindak menyekat hubungan seks walaupun isterinya sudah
pulih. Oleh itu, anda berdua perlu saling memberi sokongan dan nasihat.
Selain itu, anda jaga boleh mendapatkan nasihat kaunselor.
Pendapat MC secara peribadi
Jika sayang dan
cintakan suami anda, MC cadangkan anda cuba amalkan Produk BIDADARI.
Ini kerana, ramuan kacip fatimah, sireh, kurma, akar serapat, madu,
jarum emas, serai, manjakani serta lain-lain herba terpilih mampu
mengatasi masalah-masalah di atas selepas isteri bersalin. Jangan
tangguh lama-lama...kesian kat suami... Jangan Penting kan diri Suami
Berubah disebabkan Kita sendiri terlalu pentingkan diri sendiri.
Credit to Kak June Cantek
Anda tidak akan menjadi APA YANG ANDA INGINKAN JIKA ANDA TIDAK MELAKUKAN SESUATU APAPUN. KUASA BERTINDAK DAN MEMILIH adalah HAK anda.
"Dengan Bidadari. Alhamdulillah. Kini MC berasa begitu yakin dan bangga dengan diri MC sendiri dalam melaksana kewajipan sebagai seorang isteri mithali. |
No comments:
Post a Comment